Text

Nak Tahu?  Macam Mana Saya Jual Barang Kepada "Mat Saleh"... Dan Jana Ratusan & Ribuan USD Setiap Hari? USD tau... Bukan RM!

TANPA Perlu Saya SIMPAN STOK, TANPA Perlu Layan WASSAP, Dan.... TANPA Perlu Susah Payah BUNGKUS & HANTAR Barang!

Mari saya tunjukkan sedikit bukti hasil jualan yang saya perolehi setiap hari! Anda boleh lihat, boleh dikatakan... SETIAP HARI.. saya menjana jualan ratusan dan ribuan USD!
Itu adalah jualan harian... bagaimana jika dikumpul secara mingguan pula?
Mari lihat jualan yang saya perolehi secara mingguan pula..!

Hampir USD 9k Seminggu..Lebih Kurang RM36,000 Seminggu!

Itu jualan mingguan! Bagaimana pula dengan jualan bulanan?
Sabar!!!!.... Nanti saya tunjukkan! Sebelum itu...

 Izinkan Saya Perkenalkan Diri Dahulu...

Hai, saya Herman Shaq, tapi boleh panggil saya Herman jer!.

Saya dah mula buat bisnes online ni sejak dari 2012 lagi. Masa tu saya berjinak-jinak borong produk dari China dan jual di platform-platform ecommerce untuk pasaran Malaysia. Kiranya saya ni.. ecommerce online seller lah macam tu.

Result dia..OK!,
Walaupun ada sale semua, tapi keuntungan yang boleh dijana sangat tipis. Margin dalam 10-20% sahaja, maksudnya jualan RM10, untung dalam RM2 sahaja.

Itupun kalau tak kena customer yang memeningkan, PM tak habis-habis tapi tak beli, nak shipping cepatlah, calar sikit nak tukarlah, produk ada isu sikit buat video kecam di FB, nak viralkan, nak lapor KPDN/Polis… Fuh!.. PENAT!

Seriously saya penat masa tu. Customer Malaysia memang susah nak dilayan.
Keuntungan yang dijana pun sekadar cukup makan sahaja!
Jika anda pun seller online, mungkin anda pun pernah hadapi kisah yang lebih kurang sama seperti saya alami ini.

Tapi.... semuanya berubah apabila saya terjumpa Mat Salleh ini di Youtube!

Beliau adalah coach untuk business ecommerce antarabangsa, dengan jualan 8-angka USD. Kiranya dia ni memang millionaire dalam US dollar lah tu. Orang hebat!

Mula-mula, saya sekadar tengok video YouTube dia suka-suka, tapi lama-lama terlekat, dan saya semakin tertarik dengan bisnes model beliau.

Sistem business ecommerce beliau ini disebut sebagai Dropshipping-On-Steroids.

APA BENDA DROPSHIPPING ON STEROIDS TU?

Dropshipping itu satu sistem bisnes ecommerce online yang tak perlukan anda untuk pegang stok.

Tugas anda adalah:

1. Cari customer
2. Bawa order dari customer dan bagi kepada supplier
3. Supplier hantar produk terus kepada customer
4. Anda bayar supplier, dan simpan lebihan sebagai keuntungan

Dengan sistem ni… Anda..

1. TAK PERLU SIMPAN STOK. Supplier yang pegang. Anda tak perlu pening-pening dah nak shipping produk masuk dari China lah, naik turun kastam lah dan semuanya.

2. TAK PERLU MODAL BESAR. Ada order masuk, bawa dengan supplier. Jual. Anda tak perlu lagi keluar modal besar order dan simpan stok di rumah.

3. TAK PERLU BUNGKUS & POS PRODUK. Hantar order dengan supplier je, biar mereka urus!

Senang je kan?
Tapi ni cuma sistem dropshipping biasa. Belum masuk bab STEROID lagi.



Cuba tengok gambar atas ni. Apa beza dia?

Bezanya, adalah pada nilai matawang! Dropship biasa main Ringgit Malaysia (RM). Tapi Dropship Steroid... main United States Dollar (USD).

Buat Kerja Sama, Tapi Hasil 4x Ganda!

Pada waktu ni, kadar tukaran wang USD dengan RM ialah 1 USD = RM4.20...  tapi untuk senang kira.. kita kira RM4 jelah!

Jom kita kira-kira sikit ye!

Kita buat sale yang sama, transaksi yang sama. Bezanya hanya matawang.
Gambar sebelah kiri.. kita untung RM60. Gambar sebelah kanan.. kita untung USD60. Tukar ke Ringgit, jadi RM240.

Anda mahu mana satu? Nak untung RM60 ke nak untung RM240?
Itu baru satu perbezaan!

Sebenarnya, ada banyak lagi beza dropshipping USD dengan dropshipping RM ni... Ini antara perbezaan-perbezaan yang saya perasan, berdasarkan pengalaman saya sendiri! Jom kita tengok.!

Dropship USD VS Dropship RM

Dropshipping USD

1.Profit 4X ganda, sebab tukar USD ke RM

2. Senang nak close - Mereka tidak berfikir terlalu banyak untuk berbelanja. Lebih steady. Dia tengok produk, dia minat, dia tanya harga berapa, dia rasa ok, dia beli.
 
3. Tak demanding
– beli hari ni, tunggu 2 minggu produk sampai, tak ada masalah. Barang sampai ada isu, dia email, minta kita bantu, kita bagi support, dia ok dah.

4. Margin tinggi
– produk cari dari China/ Vietnam, bayar guna duit sana. Jual dalam USD. Profit margin 500-1000% perkara biasa.

5. Email je
– Komunikasi dengan customer biasanya guna email. So boleh set masa, dan reply. Itupun kalau nak buat sendiri. Kalau tak nak tengok email, suruh supplier yang jaga.
Dropshipping Malaysia

1. Profit dalam RM sahaja


2. Susah nak close – PM, tanya harga. PM lagi, nak harga diskaun. Dah bagi diskaun, nak tanya suami, bini, kucing. Masa bayar, minta lagi kalau boleh tunggu gaji.

3. Demanding tahap VVVVVIP - Tak boleh tunggu. Lambat setengah hari terus bagi feedback buruk, nak buat video viralkan service kita buruk.


4. Margin rendah – kalau boleh untung 50-100% dah sangat-sangat hebat.


5. PM kena reply pantas – Kalau slow hilang sales. Kena tengok phone 24/7. Tengah tidur pun kena bangun untuk reply.


Anda rasa mana satu lebih bagus? Dropship Malaysia atau Dropship USD? Tepuk dada tanya selera!

Masuk "GUA BERTAPA" & Belanja RM20,000 Tuntut ILMU Dropshipping USD!

Saya sangat tertarik dengan konsep ini, jadi saya pun ketap gigi... laburkan RM4200 untuk dapatkan course dari Mat Salleh ni (April 2019). Mengeletarlah juga lutut saya masa nak klik bayar tu!. Gaji satu bulan kot!

Setelah belajar hampir 3 minggu, saya cuba laksanakan apa yang diajar.
Nak kata pening.... Pening juga lah! Sebab.. dia ni orang US, dan dia tak tahu masalah kita orang Malaysia.
Jadi... Nak tak nak! Saya kena cari jalan keluar sendiri.

Masa saya mula-mula start buat dropship USD ni.. memang saya asyik rugi duit memanjang je!
Saya terpaksa "bakar duit" dan belajar dari kesilapan!.

Lepas tu saya laburkan lagi duit  untuk menuntut ilmu dengan sifu-sifu dropshipping yang lain. Bak kata orang, alang-alang menyeluk perkasam… biarlah sampai ke Amriki (Amerika).

Fred Lam, Gabriel St. Germain, Chris Waller (King Comm), Kevin Zhang, David Linder, Gerald Soh & Dan Dasilva. Kalau anda tahu dan kenal sifu-sifu ni, saya sudah pun dapatkan course mereka semua!

In total, saya belanjakan hampir RM20,000 untuk belajar dari sifu-sifu ni. Habis simpanan saya dikorek, nasib baik tak sampai jual kereta. Hanya kamera DSLR dan jam tangan saya sahaja yang menjadi korban dan terpaksa saya jual untuk kumpul dana dan teruskan perjuangan!

Buat USD Pertama Masa Tengah Tidur!

Saya masih ingat lagi tarikh tu... 2 Mei 2019, saya pasang ads, dan pergi tidur. Tengah-tengah malam, terdengar bunyi ‘ka-ching’ dari telefon.

Saya hairan... bila pula saya ada ringtone bunyi macam ni?
Rupa-rupanya… sale pertama saya! Wooohoooo!
Shopify ni bila ada sale, sound notification dia adalah bunyi ‘ka-ching’
Rupa-rupanya sifu-sifu ni tak tipu, memang boleh buat USD secara dropshipping!

Dan sejak hari tu, saya dah tak berpatah balik. Dalam setahun selepas itu, saya dah berjaya jana sales ½ juta ringgit menggunakan sistem Dropshipping-On-Steroids ni.

Jualan $119,332.95 USD = RM511103.02!

Yes, RM500,000 dalam setahun. One man show. Depan komputer je. Tengok ads, reply email, contact-contact supplier.

Tak perlu pening bayar gaji staff, tak perlu sewa kedai, tak perlu sijil dari mana-mana. Yang paling hebat, sebab US dengan Malaysia ni beza 12 jam, sales banyak berlaku waktu malam, time saya tengah tidur!

Jadi, saya biasanya akan setup ads malam-malam, lepas tu tidur.
Esoknya bangun, tengok phone.. berapa banyak sales dah mahsyuuuuk time saya tengah tidur!

Serious, baru je bangun pagi.. gigi pun belum gosok! Tapi dah buat duit! Fuh! Heaveeenn!

Bagaimana Sebenarnya Sistem Dropship Herman Ini?

Baiklah! Disini saya akan jelaskan dulu secara kasar bagaimana saya menjalankan bisnes dropship saya!

Secara asasnya.... Saya menjual barang kepada pasaran USA.
Barang-barang yang saya jual itu pula, saya jual secara dropship, dimana, pembekal saya adalah pembekal dari China!

Untuk menjual barang-barang ini, saya bina website ecommerce menggunakan Shopify.com!

Manakala untuk mendapatkan pelawat dan pelanggan pula, saya tarik pelawat masuk ke website saya mengunakan facebook ads!

Dibawah ini, adalah gambaran ringkas sistem dropship yang saya gunakan!
Sistem ini... Gerenti boleh pakai di Malaysia. Sebabnya... saya dah buat!

Begitulah konsep asas bisnes dropshipping yang saya lakukan!... Boleh faham kan?
Jual barang dari China secara Dropship kepada Mat Saleh... menggunakan website Shopify.... dan tarik pelawat guna FB Ads.

Secara ringkas... Formulanya adalah begini!

BISNES DROPSHIP USD =  SUPPLIER CHINA + SHOPIFY + FACEBOOK ADS

Anda Nak Belajar Teknik Dropship Saya Ini?

Kata mentor saya, kalau dah ada ilmu, kena kongsikan ilmu tu!. Ada input, kena ada output. Kalau tak, sembelit!.

Jadi... saya ingin berkongsi semua ilmu yang saya ada dengan anda!

Mula-mula ... saya rasa nak tulis ebook, tapi bila fikir-fikir... terlalu banyak kandungan dia, mahu dekat 1000 pages kalau tulis jadikan ebook.. akhirnya, saya ambil keputusan, saya buat dalam bentuk video sahajalah.

Tapi, sebelum saya buat video tu! Saya mahu kasi test betul-betul punya!

Saya kumpulkan semua ilmu yang saya belajar dari sifu-sifu orang putih tu (RM20,000 punya ilmu ok)…
Modify & kasi adjust agar sesuai dengan situasi kita di Malaysia… kemudian saya test sehingga mendapat RESULT POWER!

Ini adalah hasil selepas saya dah test ilmu ni kaw-kaw!
Alhamdulillah! Ianya berhasil dan PROVEN ! Ia bukannya ilmu teori semata-mata! Ia adalah ilmu yang sudah diuji dan ada RESULT!

Tapi! Bukan Semua Orang Sesuai Belajar ILMU ini!

Maaf cakap! Saya perlu berterus-terang dengan anda!
Walaupun ilmu ini ilmu yang PROVEN...  TETAPI.... ia bukanlah sesuai untuk semua orang!

Antara orang-orang yang tidak sesuai mempelajari ilmu ini ialah...!

Bagaimana? Jika anda TIDAK TERGOLONG dalam salah satu dari 4 ORANG yang saya sebutkan diatas..... Maka anda layak untuk mempelajari ilmu dan teknik bisnes dropshipping saya ini!

Kursus Video Online Tutorial!
RAHSIA SHOPIFY!


Ah ha! Semua ilmu dan pengalaman yang saya ada di dalam menjalankan bisnes dropship ini.. saya sudah rakam ia dalam bentuk video dan compilekan ia menjadi sebuah pakej video tutorial secara online!
Keseluruhannya... ada lebih 40 buah video telah saya rakamkan! Serius..! Complete..!

Video ini pula saya dah susun secara Step-By-Step... Dari mula cari produk, cari supplier, setup website, buat iklan hinggalah kepada urus order dan layan customer! Memang complete!

Untuk memudahkan proses pembelajaran! Saya dah pecahkan video ini kepada 5 Modul!
MODUL #1 : PENGENALAN SISTEM DROPSHIP SAYA

Dalam modul pertama ini, saya akan tunjukkan kepada anda secara "BIG PICTURE" , bagaimana bisnes dropshipping yang saya jalankan!  Saya juga akan menyentuh serba sedikit persediaan dari segi mind setting apabila anda ingin memulakan bisnes dropshipping USD ini.

MODUL #2 : KAJIAN PRODUK

Dalam modul yang kedua pula! Saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk mencari "Winning Product", iaitu produk-produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi serta produk yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi agar ia berbaloi untuk dijual!

Saya juga akan tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk menjual produk-produk ini dengan harga yang paling optimum!
MODUL #3 : BINA KEDAI SHOPIFY

OK! Dalam Modul ketiga pula...   saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk setup kedai ecommerce anda menggunakan website Shopify!

Modul ini agak sedikit teknikal! Tetapi.. anda tidak perlu risau!
Saya sudah rekodkan dan tunjukkan dengan detail, dari cara mula mendaftar dan buka akaun di shopify, hinggalah kepada cara nak edit logo, setup kedai, masukkan produk, setup domain, cara nak integrate kedai shopify anda dengan sistem dropship, setup payment dan segala-galanya lah! Complete!

Pendek kata.. kita akan setup kedai Shopify kita hingga ia boleh buat customer ‘demam’ nak beli produk kita. Kita discuss tentang store layout, customer psychology, penentuan harga, cara penulisan ciri produk dan lain-lain!

Sangat lengkap! Sebab itu, untuk modul ini sahaja, ada 19 video kesemuanya!
MODUL #4 : STRATEGI PENGIKLANAN FB

Selepas dah siap setup website! Langkah seterusnya pula, adalah menarik trafik dan membawa trafik tersebut ke website kita!

Untuk trafik ini, saya ajarkan kepada anda cara yang paling pantas mendapatkan trafik! Iaitu dengan menggunakan Facebook Ads!

Facebook Ads Mahal? Tak Berkesan? Takut Rugi?
Jangan risau!

Kalau anda buat facebook ads tanpa ilmu & strategi yang betul.. memanglah ia akan jadi mahal dan merugikan!
Sebab itu, dalam modul ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk setup facebook ads dengan betul dan menguntungkan!

Tak Percaya?

Baik! Mari saya tunjukkan bukti!
Ini adalah perbandingan antara "Kos Iklan Facebook Ads"  dengan  "Sales" yang berjaya saya hasilkan pada setiap bulan!

Rata-ratanya, kos yang saya keluarkan untuk iklan, akan menghasilkan jualan 2-3X ganda daripadanya!
Jadi, anda tidak perlu risau! Tak kisah berapa banyak kos iklan yang dikeluarkan, asalkan ia masih memberikan pulangan dan keuntungan! Maka.. ianya OK je dan masih berkesan!

Apa yang penting.. anda perlu tahu ilmu & strateginya!


MODUL #5 : URUS OPERASI KEDAI

Kedai dah siap! Trafik dah ada! Order pun dah dapat!... Jadi macam mana pula nak uruskan order tersebut?
Hah!.. Perkara ini saya tunjukkan dalam modul yang kelima!

Bagaimana untuk uruskan order? Macam mana nak forward order kepada pihak pembekal supaya pihak pembekal boleh hantar terus produk tersebut kepada pembeli?

Bagaimana pula untuk dapatkan feedback dan testimonial yang baik daripada pembeli?

Hah! Semua ini saya tunjukkan dalam modul kelima ini!

 Orang Lain Macam Saya.. Pun Boleh Buat Ke?
Jom Lihat Hasil Mereka!

Mari kita ihat hasil dari beberapa orang yang telah mendapatkan panduan ini dan kemudian, mereka telah membuat tindakan!

Sudah Bersedia Untuk Belajar ILMU Ini?
Sekejap! Saya Ada Satu Soalan!

Saya nak tanya anda..

Kalau anda boleh belajar jana KEUNTUNGAN BERSIH RM3-4 Angka SEHARI, BERAPAKAH yang anda SANGGUP LABURKAN untuk belajar ILMU tu?

Kalau saya, ribu-ribu ringgit pun saya sanggup! Sebab, saya tahu saya akan buat balik duit tu dengan cepat!
Sebab itulah, saya sanggup habiskan lebih RM20,000 sebelum ini semata-mata ingin belajar dan kuasai ilmu bisnes dropship ini!

Bagaimana pula dengan anda?
Sanggupkah anda keluarkan RM20,000 untuk belajar ilmu ini?

Jangan RISAU!....
Saya takkan minta anda sampai RM20,000 untuk belajar ilmu bisnes dropship ini dari saya walaupun ilmu tersebut memang bernilai lebih dari itu!

Jika anda perasan, kebanyakkan panduan-panduan kursus yang berbentuk  video, selalunya akan di jual dengan harga ribuan ringgit, iaitu sekitar RM1,000 dan  ke atas.

Tetapi, untuk panduan Pakej Rahsia Shopify ini....
Saya tidaklah meletakkan harga sebegitu... cukuplah... sebagai pengerasnya....

Saya hanya minta anda laburkan RM147 sahaja untuk anda dapatkan ilmu ini!
Baki RM863 lagi tu, anda boleh gunakan ia untuk setup shopify store serta bayar kos marketing fb ads kelak!

RM147 itu, adalah bayaran untuk usaha saya bersengkang mata dan bertungkus lumus bagi menyiapkan lebih dari 40 BUAH VIDEO TUTORIAL... yang akan AJAR anda tentang SELOK-BELOK membina BISNES DROPSHIP anda sendiri kelak!

Insyallah, jika anda follow betul-betul panduan di dalam video tersebut!
TIDAK MUSTAHIL untuk anda juga turut menjana pendapatan USD 3-4 Angka Sehari! Malah! Mungkin lebih banyak lagi!

Jadi... Untuk mendapatkan "PAKEJ VIDEO TUTORIAL ONLINE - RAHSIA SHOPIFY" ini, anda boleh KLIK pada butang order "Dapatkan Sekarang" dibawah!

OPS! TERLUPA!
Saya Ada Jaminan Kepuasan 100%

Ya! Dengan setiap pembelian kursus video Rahsia Shopify ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan kursus ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda untuk memulakan bisnes dropship USD, saya akan pulangkan wang anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca tonton video tutorial ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan kursus video ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga

Klik  Butang "Dapatkan Sekarang!" Dibawah Untuk Lakukan Tempahan!

Hanya RM147 Sahaja Untuk Panduan Lengkap Video Tutorial Membina Bisnes Dropship - Rahsia Shopify!





Kurang Yakin? Nak tengok sikit PREVIEW Video Rahsia Shopify ini?
Boleh! Masukkan Nama & Email Anda Dibawah!
Saya akan berikan "Course Preview" kepada anda secara Percuma!

 


Diterbitkan dan diedarkan oleh:
Klikjer Publishing Klikjer Publishing (002746251-P),
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : +6011-33050950




Disclaimer: Shopify  is a Registered Trademark of Shopify.com. Klikjer Publishing is not affiliated with Shopify.com  in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners

Terms & Conditions: All access will be given in our private Membership System. Please login and check your email once you made your payment.

Privacy Policy: Your privacy is important to us. We gather basic details like your name, email, and payment information for transactions and service improvements. We use secure systems to keep your data safe and do not sell or share your information. Our site also uses cookies to enhance user experience, which you can disable in your browser settings. We may update this policy periodically, so please review it occasionally. For questions, feel free to contact us.

Earnings Disclaimer: Any income or earnings representations included in this product are for illustrative purposes only and do not guarantee that you will achieve similar results. Earnings potential is highly dependent on the individual, including factors such as effort, experience, and market conditions. This product provides tools and strategies to help you, but success is not assured. There is no promise or representation that you will make any specific amount of money or any money at all. We encourage you to apply this information thoughtfully and consult professionals if necessary.

Refund Policy: Refund can be requested within 30 days after purchase if customer are not happy & satisfied with our product.

Text